Perladangan Hutan & Perhutani

Salam & Selamat Sejahtera


  Sejak kebelakangan ni, ada beberapa junior & cikgu di sekolah menengah bertanya mengenai kursus yang saya ambil ni, iaitu HG23-Perladangan Hutan dan Perhutani ataupun dalam Bahasa Inggerisnya, Forest Plantation and Agroforestry. Kalau baca sekali pandang memang tidak akan berapa jelas apa yang kami pelajari ni & tambahan pula kursus perhutanan bukanlah kursus yang glamour seperti kejuruteraan & perubatan. Tapi tidak mengapa, dengan harapan penulisan ni dapat membantu junior-junior, ibu bapa, guru-guru & sesiapa yang bakal mengambil kursus perhutanan di Universiti Malaysia Sabah. 

Sebelum saya menerangkan mengenai kursus-kursus perhutanan di UMS ni, saya terangkan la beberapa fakta yang kamu perlu tahu:

  • UMS menubuhkan Sekolah Perhutanan pada tahun 1995
  • Pengasas Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (SPTA) ialah Prof.Madya Dr.Mahmud Sudin
  • Terdapat 4 Program yang ditawarkan (HG19- International Tropical Forestry) (HG20- Nature Parks and Recreation) (HG23- Forest Plantation and Agroforestry) & (HY11- Technology and Wood Industry)
  • 2014- SPTA sudah dikenali sebagai Kompleks Perhutanan akibat penggabungan SPTA dan Sekolah Sains dan Teknologi untuk dijadikan 1 fakulti dikenali sebagai Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA).
  • Budak hutan terkenal dengan sikap ceria dan baik hati mereka.
  
HG23- Forest Plantation and Agroforestry

  Untuk program yang saya ambil ni, fokusnya adalah di bahagian pengurusan ladang hutan/pokok dan agroforestry ni pula merujuk kepada pertanian, pokok hutan dan penternakan. Secara ringkasnya, program ni mengajar kita bagaimana cara untuk menguruskan ladang hutan dengan baik, dan pengurusan ini termasuklah pengurusan sumber manusia, pengurusan organisasi, pengurusan kewangan dan lain-lain. 

 Selain pembelajaran secara teori, kami juga belajar secara praktikal mengenai teknik penanaman, pengurusan, pembajaan, meracun, penjagaan haiwan ternakan & ya, kami juga menggunakan makmal untuk pembelajaran mengenai pokok hutan dan genetik. (Perlu diingatkan Perhutanan ni kursus Sains). 

 Pada semester 1, tahun 1 (sekarang), kami belajar asas-asas perhutanan seperti Sains tanah, bidang patologi (Penyakit tumbuhan), entomologi (kajian Serangga) dan dendrologi (Kajian mengenai tumbuhan). Semua subjek diatas ni wajib diambil oleh setiap pelajar perhutanan tahun 1 semester 1. Kalau ada masa nanti saya akan terangkan mengenai setiap subjek tu & siapa yang masuk perhutanan tu, cuba score subjek-subjek ni hahaha.

Program Perhutanan lain

Ok, untuk program perhutanan lain seperti yang sudah saya tulis diatas, saya hanya mampu memberi sedikit penerangan (berdasarkan apa yang saya faham) sebab takut salah.

HG19- Mereka fokus kepada pengurusan hutan dan konservasi hutan. Antara perkara yang mereka belajar (menurut senior) adalah Management & Conservation of biodiversity,  Sustainable forest management, Forest fire, wildlife dan pensijilan.

HG20- Mereka belajar mengenai pengurusan taman. Antara benda yang mereka belajar (menurut senior) Autocad, remote sensing, Hidrologi (Kajian mengenai air) & landscape architecture. Diorang punya fieldtrip ni selalu pergi ke tempat pelancongan di Sabah.

HY11- Mereka belajar cara pemprosesan kayu, pembuatan perabot. Mau juga cakap banyak tapi takut salah, jadi secara ringkas diorang ni engineer kayu.


Jadi sekian saja lah untuk entry ni, harap bermanfaat kepada semua yang curious dan kepada pelajar yang dapat tawaran untuk ambil Perhutanan ni, jangan takut, percayalah ini lah antara tawaran sekali seumur hidup yang terbaik yang kamu akan jumpa.

Serba sedikit maklumat mengenai subjek yang akan diambil-

  • http://www.ums.edu.my/v5/files/FSSA-BI-HG19-International-Tropical-Forestry.pdf
  • http://www.ums.edu.my/v5/files/FSSA-BI-HG20-Nature-Parks-and-Industry.pdf
  • http://www.ums.edu.my/v5/files/FSSA-BI-HG23-Plantation-Forestry-and-Agroforestry.pdf
  • http://www.ums.edu.my/v5/files/FSSA-BI-HY11-Wood-Technology-and-Industry.pdf



Comments

  1. Omg!!! Saya nak ambil kos sama ngan awak time degree nanti

    ReplyDelete

Post a Comment