Aku dan Perhutanan

Dugaan Budak Perhutanan


Kalau sebut pasal Kursus Perhutanan, bukan semua orang tahu benda ni ada di Malaysia. Maka tidak hairanlah bila kita dapat tawaran untuk sambung belajar di universiti dalam bidang perhutanan muncul lah cemuhan-cemuhan yang mem-bash budak-budak perhutanan ni. 
Aku cerita sikit pasal aku dan kenapa aku ambil perhutanan

  Selepas keluar daripada matrikulasi (sesi 2014/2015), jujur aku cakap result aku teruk tapi itu tidak sama sekali mempengaruhi kenapa aku pilih perhutanan. First sekali aku membesar dengan tengok astro channel 551-555 (education package) jadi minat terhadap menjaga alam sekitar tu memang ada. Kedua, aku pilih perhutanan ni dulu sebab berminat untuk kerja sama WWF sebab tertarik dengan usaha & skop kerja mereka. Ketiga, minat berbisnes jadi tu lah aku apply perladangan. Jadi disebabkan minat-minat ni lah aku letakkan perhutanan di pilihan ketiga & keempat semasa memohon UPU. 

Kalau naik tangga boleh, apa syak ba tu kena cemuh
 Memang pada awal tu gembira sebab dapat perhutanan, tapi ada muncul juga kerisauan apa persepsi keluarga nanti. Tapi mujurlah umi & keluarga aku ni jenis yang supportive and setuju dengan yang bidang aku pilih (Walaupun ada beberapa tentangan pada awalnya). Dan sekarang ni, aku rasa keputusan aku untuk study dalam bidang perhutanan ni antara keputusan terbaik yang pernah aku buat. Seriously, study best, lecturer sporting, belajar teori & praktikal, ada fieldtrip, Kompleks Perhutanan cantik, Selalu tengok pokok & yang paling penting kita kejar benda yang kita minat. Oh ya, tapi jangan kamu anggap perhutanan ni bidang yang mudah, semua ada susah & senangnya yang penting rajin berusaha.

 Jadi... kepada pelajar yang bakal masuk nanti (bakal junior), ini perkara biasa. Ramai kawan di Kompleks Perhutanan ni menghadapi dugaan yang sama. Mereka yang mencemuh ni (mungkin dari keluarga sendiri) biasanya tidak tahu apakah itu perhutanan, apa skop bidang kita, apa potensi kerja kita & peluang pekerjaan yang kita. Mungkin juga mereka masih terperangkap dengan tanggapan orang yang berjaya hanyalah doktor & jurutera). Kalau boleh, cuba slow talk dengan mereka, cuba terangkan perhutanan ni sama diorang. Kalau diorang masih juga mencemuh itu tidak mengapa, itu buah fikiran diorang, biarkan mereka & cuba bercerita dengan kawan satu kos dengan kau, konfom diorang faham tu. Yang paling penting kita buat yang terbaik semasa pengajian kita dan bekerja seperti professional semasa bekerja nanti.

 Rasanya itu sahaja untuk entry ni, harap kamu kekal bersemangat nanti walaupun diuji!







Comments