Subjek-subjek Perhutanan

Assalamualaikum & Salam Rimbawan

 Kalau cakap pasal Bachelor Sains Perhutanan ni, mesti kamu akan terfikir.." apa lah diorang belajar ni.. laaa perhutanan ja pun... mesti la belajar tanam pokok ja,... asal panadai cangkul perhutanan la tu.."... Di sini kamu silap besar haha..jadi untuk entry kali ni, saya terangkan sikit-sikitlah tentang apa yang kami belajar untuk sem 1 lalu & harap benda2 ni dapat bagi kamu minat, jawab persoalan & dapat buang la apa-apa assumption pasal perhutanan di UMS ni.

Untuk semester 1 ni, kami ada 3 subjek teras perhutanan, yang mana setiap pelajar perhutanan WAJIB ambil:

  • Sains Tanah
  • Dendrologi
  • Perlindungan Hutan (Patologi & Entomologi)

Sains Tanah (Soil Science)

Ni nah groupmate saya soil science
Untuk subjek ni kami diajar oleh Dr Normah salah satu pensyarah HG23. Untuk subjek ni kita akan belajar tentang Soil characteristics, soil properties, types of soil in Malaysia, soil layers dan banyak lagi lah tentang tanah ni. Subjek ni ada amali di mana kita akan korek tanah nanti untuk ambil sample & tanah yang kena ambil tu lah akan di gunakan sepanjang sem nanti. Banyak juga lah amali dia ni antaranya pasal soil structure, soil texture & soil pH.


Dendrologi 

Dendrologi ni kajian tentang tumbuhan berkayu. Subjek ni diajar oleh Dr Berhaman pensyarah HG19. Untuk subjek ni sebenarnya kita diajar macamana mengecam pokok tu. sebab untuk membuat pengecaman pokok ni, banyak yang kita perlu tahu seperti bentuk daun, urat daun, jenis batang, susunan daun, bentuk akar, bentuk pokok & banyak lagi. Benda ni semua wajib tahu sebab kita ni rimbawan kan aiseh, malu la kalau xtau pokok. 

 Time ni jugalah kita belajar macamna penulisan nama saintifik dengan betul contohnya Acacia mangium. Subjek ni pun ada lab, tapi labnya lebih kepada pengecaman tumbuhan di mana kita akan melukis tumbuhan ni lah contohnya kena lukis daun, bunga, batang tumbuhan ni supaya kami ingat & tahu perbezaan setiap tumbuhan tu. 



Perlindungan Hutan

Fungi dalam Petri dish
Untuk perlindungan hutan ni kita belajar mengenai risiko-risiko yang dihadapi oleh pokok & cara untuk mengatasinya. Perlindungan hutan ni terbahagi kepada dua iaitu Forest Patology yang diajar oleh Dr Mahmud & Forest Entomology yang diajar oleh Dr Maria. Patologi ni kita belajar tentang penyakit yang boleh menyerang pokok. kita akan belajar tentang Microbes, Fungi, apa yang boleh digunakan untuk melawan penyakit tu. Masa ni kita belajar juga simptom2 kalau pokok tu terkena penyakit seperti canker. jadi maksudnya kita jadi jadi Dr Pokok lah secara ringkas semasa patologi ni hahaha. Patologi ni ada lab juga, so akan kena ajar la macamna buat medium untuk petri dish, macamna buat inoculation, macam guna microscope & kita akan tengok lah microbe tu semua di bawah microscope.
 Untuk Entomologi pula kita akan belajar pasal serangga yang boleh merosakkan & bawa benefit kepada pokok. Siapa yang geli sama insect tu pandai-pandai la suruh kawan pegang serangga sebab akan ada insect collection & insect dissection haha. Banyak benda la kamu akan belajar nanti contohnya pasal physiology insect, disease caused by insects, jenis-jenis insect, segala order of insects tu & cara control insects (insecticide & Bio control agent).

 Bah rasanya tu ja lah untuk entry kali ni, harap yang membaca ni dapat ada minat lah utk teruskan pengajian dalam bidang perhutanan di UMS. Ok semua.. ciaoo!

Comments