Assalamualaikum & salam sejahtera
Ritual rimbawan hahaha |
Pertama sekali nama saya Saufi, merupakan pelajar perhutanan di UMS batch 2015/2016. Nama tu sebenarnya bukanlah nama penuh saya. saya sengaja guna nama pendek tu supaya kalau kawan-kawan lain google nama saya tidak akan keluar blog ni hahaha. Berasal dari Sabah, lahir di Papar dan pernah membesar di Tawau. sebagai info, blog ni bukanlah blog pertama saya, ini blog yang ketiga sudah.. blog yang lain sudah saya delete. Tujuan saya menulis blog ni sebenarnya untuk bagi sedikit exposure la kepada bakal-bakal junior yang bakal masuk ke dalam bidang perhutanan di sesi akan datang (saya pun ni masih first year).
Tujuan kedua penulisan blog ni, supaya aku boleh menulis semua pengalaman & memori yang bakal tercipta di sepanjang belajar di Universiti ni. Kepada kawan-kawanku mungkin kamu tidak jumpa lagi ni blog, tapi nanti aku janji aku share lah juga ni blog sama kamu. Tapi setakat ni, biarlah benda ni rahsia haha.
Oh ya, sebenarnya kami baru saja habis ikut Family Camp ataupun kem keluarga la dalam BM. Kem ni wajib ikut terutamanya budak tahun 1. Yang ada hati mau escape tu nanti, bagus janganlah. rugi kalau kamu tidak ikut. lagi pun, kem ni sebenarnya untuk bonding budak tahun 1 dengan senior-senior perhutanan yang lain.
Antara aktiviti-aktiviti yang kami buat ni seperti sukan, explorace, kemahiran rimbawan & last kali malam kemuncak, malam unggun api. Time ni kem ni jugalah kami diberi nama hutan kami (wajib untuk semua rimbawan ada nama hutan). Nama hutan ni nama panggilan kita yang diberi oleh senior berdasarkan character kita. Nama hutan aku Alpek Junior, sebab diorang bilang saya sama dengan ada 1 orang senior.
Saya rasa itu sahaja untuk entry pertama ni, maaflah kalau ada kurang, lama tidak menaip. masih kurang-kurang idea lagi. hahaha bah, nnti kalau ada masa saya akan ceritakan sikit la pasal apa yang kami belajar di bidang perhutanan ni.
Bye...
Muka classmate saya.. ada 1 gadis lawa ni nad namanya haha |
Comments
Post a Comment