KEM HUTAN
Kepada bakal pelajar ataupun pelajar perhutanan, kem hutan antara ujian fizikal dan mental terbesar yang kamu akan hadapi sepanjang pengajian di UMS nanti. untuk pengetahuan semua, Kem Hutan adalah satu subjek yang mana semua pelajar perhutanan (awal semester sem-5). Tempoh Kem Hutan ni adalah 2 minggu, tetapi lelaki masuk awal & sukarelawan masuk lebih awal. Entry kali ni merupakan journal mengenai pengalaman kem hutan yang saya taip menggunakan handphone sepanjang kem, dari hari pertama hingga ke last day. Jadi kalau ada bahasa yang berterabur tu & tercampur bahasa sabahan tolong maafkan haha, sengsara bah type dalam phone.
Cel (Cladius Mark) |
22/08- kami berkumpul di SPTA pada jam 7.40 pagi (saya, Fong, cel, muja) bersama staff2 lain untuk loading barang kedalam lori. Boleh nampak sudah secara kasar apa yang diperlukan & dibuat nanti. Saya sebenarnya join ni secara sukarela sejujurnya untuk menguji ketahanan & kemampuan diri walaupun sudah gemuk. Kami bertolak lebih kurang 9.40 dari UMS. Cell, fong & Muja ikut kereta lain mnakala saya pula ikut kereta tu si angkol david. Memang enjoy la jalan ikut diorng, kena belanja selalu haha. Paling best la sbab dapat bercerita sama Mr. Das sama skip. Perjalanan tu memang jauh la & Kami sampai ke rumah penginapan lebih kurang jam 5. & rumah penginapan ni adalah rumah utk pastor so hiasan salib memang ada dalam rumah & langsung tidak mendatangkan masalah pun. Ini penulisan pertama sepanjang kem hutan ni & jgn rasa pelik kenapa aku buat journal, mau cuba benda baru (1st time buat journal). & tujuan journal ni utk bagi expose sikit la sama junior forestry ataupun mereka yang ingin tahu apa kami budak hutan buat semasa forest camp ni.
-2357-
Kesemua staf & volunteer Kem Hutan |
23/8- Bangun di pagi yang sangat sejuk. Kabus memang ada lagipun semalam hujan lebat. Oh ya memandangkan ini plantation jadi lampu akan mati la pada waktu malam scara automatik so keadaan sangat gelap. Sangat. Untuk hari pertama ni, kami aim utk menebas & membuka laluan malangnya bukan itu sahaja yang kami akan buat hahahaha. Jalan masuk memang hancur la, sampai dmax kami pun sengsara mau naik
Last2 kami jalan kaki jugalah pegi site & laluan semakin mencabar akibat tanah lecak & lumpur. Memandangkan yang menebas sudah cukup ramai, kami disuruh utk angkat kayu2 & bambu, memang sangat mencabar la sebab naik turun bukit yang licin & berlumpur kan. Nasib dibantu juga oleh beberapa pkerja KTS yang terdiri daripada orang tempatan & luar. Kalau boleh aku mau tulis panjang2 tapi penat gila ni hari, kekal positif & senyum ja kami mampu.
-2220-
24/8- sekali lagi pagi yang sangat sejuk. Untuk hari ni, kami aim utk siapkan semua tiang & rangka2 khemah urusetia & dapur. Utk makluman tempat perkhemahan nanti memang sangat mencabar sebab curam & bnyk tumbuhan. Kalau mau tau apa kerja kami, kami angkat plywood turun naik bukit mcm 500m juga la ka lagi dekat rasa penatnya tu memang x terbayang. Aku lagi yang x fit setelah beberapa bulan sudah di rumah memang rasa la sakitnya buat kerja ni.
25/8- last day sebelum geng lelaki lain masuk. Utk hari ni memang kami terpaksa angkut semua barang yg kami bawa di ums (generator, chainsaw, canvas, tong gas). Kami dgn rela hati mengangkut tong gas mcm style2 malim gunung tu, aiseh. Kalau xda kawan memang x lepas diangkut tu tong gas & generator pula ditolong oleh pekerja KTS. Memang tipu la kalau aku cakap aku x jatuh sama tong gas tu, 1st jatuh waktu otw turun bukit putus asa gara2 tergelincir, 2nd jatuh waktu melompat atas batu time seberang sungai. Si Fong pun jatuh tapi dia lagi sandi la kalau tjatuh time tu & x sempat pegang berpaut sama akar tu memang jatuh dari bukit & masuk sungai nasib ada orang sempat tolong dia.Waktu ptg pula kami disuruh cek site diiringi oleh Mr.Das dan kami sesat. Nasib jumpa camp site sebenar. Sebelum ni kami dgr tempat kami rata, malangnya itu hanyalah cerita dongeng. Kami terpaksa teres supaya rata. Lebih kurang jam 7 malam pelajar lelaki dtg ke halaman tadika berdekatan dengan rumah pastor yang kami tinggal sebab diorang jammed di ranau sampai makan masa 3 jam. Pelajar lelaki bermalam & set up khemah di depan tadika.
-2340-
26/8- pelajar lelaki lain pegi site utk buat dkp & tandas. Kami 4 org pula disuruh cari ikan di saaaaaaaana sungai. Jadi hari ni kiranya day off tapi kami ada buat juga sikit2 mcm buat jalan, tangga & buat saliran air. Oh ya. Kami dpt 7 ikan saja haha.
27/8- day off mancing sudah habis. Utk hari ni kami ada kerja khas Mr David suruh. Buat meja, rak, set up khemah. Hasil kerja kami memang agak kurang la ni hari sbab tpaksa guna kayu2 reject. Nanti kalau sempat kami gambar la hasil kerja kami (muja, yubin, ewin, fong, cell). Hari ni memang lemas betul sebab penat tkumpul tu mula keluarkan tapi terpaksa kasi siap tugasan sebab besok camp start sama perempuan sudah dtg. Utk perkembangan campsite, dkp sudah siap, tandas lelaki, surau. Tandas perempuan terpaksa pindah menurut encik Syadan sebab jauh, curam, trpaksa menyeberang sungai & ada pokok ara. Malam lepak2 sama encik Rozaidi.
31/8- lama x menulis journal aiseh, sibuk dengan program & tugas. Secara ringkas hari2 sebelum ni bnyk program. 29hb perasmian kem hutan & sambutan hari merdeka yg dianjurkan oleh KTSP dengan kerjasama SFD & pelajar UMS. 30hb ada lecture tentang mycology & NTFP. Jadi ada sampling utk research. Setakat ni sudah 9 hari di belantara & akibat terlalu bekerja sudah menunjukkan kesan. Xtau brapa kali melecet, calar & lebam. Kami 4 orang yang masuk awal pun sentiasa dalam keadaan lemas sudah mungkin sbab x berehat
Muka semangat beraya |
1/9- 1 sep merupakan hari raya aidiladha jadi awal pagi jam 7.20 kami bgerak ke masjid kts compartment 12. Mula2 excited sebab sangka ada qurban skali tngk xda la pula xpa yang penting dpt solat kan tapi last2 lepas habis solat kami di jemput ke rumah pekerja kts ni. Alhamdulillah dpt juga rasa kuih raya kan tapi masa tu kami kejar masa kan jadi x sempat la makan makanan berat. Tapi diorang suruh juga dtg nnti tengahari lpas solat jumaat.
Makanan tradisi Bajau
Ni antara makanan tradisional yang kami makan & gambar bersama pekerja yang sanggup bagi makan kami. Beraya bukan alang2, sampai 3 rumah. Spatutnya kami balik kem jam 2 ptg max, tapi kami makan sampai jam 3 lebih pengiring kami pun ikut makan sampai lambat. Bah selamat hari raya semua.
Perut penuh, muka berseri |
2/9- Hari ni kami ada lecture & praktikal pasal inventori hutan & sains tanah. Inventori ni kami cek jumlah pokok & kira besar pokok dalam area lbih kurang 20m x 50m. Sains tanah ni pula kami kurik tanah 1.5m dalam & tengok lapisan & ciri2 tanah tu la secara ringkas haha. Time kurik tanah tu x sengaja jumpa ular warna biru & automatik parang keluar terus putung kepalanya. Ada jugalah ditegur oleh pensyarah dari Sierra Leone tu, dia bilang merosakkan biodiversiti. Penat memang penat jugalah tambah lagi hujan & kain basah susah juga la hidup sini. Tapi waktu petang tiba2 kami ada diumumkan pasal jamuan hari raya yang disediakan oleh pekerja kts lagi. Happy gila oh pasal makanan. Makan x ingat dunia hahaha perut bsar mcm apa ja. Bah rasanya itu ja lah mengantuk gara2 kenyang ni. Ciao!
-2210-
3/9- Hari ni kami buat inventori hutan tapi di field sudah & hari ni last kami sebelum group camping di mana kami akan diberikan 1 tempat kemudian kami akan cuba untuk survive la selama 3 hari 2 malam. Banyak barang2 yang kami x dibenarkan bawa seperti lighter, baju 2 pasang ja, spender pun 2 & sikit ja makanan. Kami sediakan dengan 5kg beras & 3 batang macis ja. Time malam Khemah donny patah oleh aku gara2 ak lari dari benda yang disangkakan ular, rupanya cacing gergasi haha, jadi dia terpaksa stay di khemah aku. Sekarang ni ak tengah bersempit sama donny & dia mau namanya disebut dalam journal. Bah ituu ja, mungkin last journal sbab besok start sudah group camping.
Ahli kumpulan Tuntul, pian sibuk |
Ini lah journal yang sempat ditulis, walaupun tidak seberapa, tapi asal ada. Ini hanyalah sebahagian daripada cerita sepanjang Kem Hutan (Tidak best kalau kasi cerita semua). Terima kasih semua yang terlibat mencipta memori Kem Hutan 2017. Semoga kita kekal kuat & sentiasa berjiwa rimbawan!
Nah lagi gambar....
Makanan kami sepanjang group camping |
Khemah group camping kami |
Ini lah DKP kami |
Budak HG23 |
Comments
Post a Comment