Assalamualaikum & Salam Rimbawan semua..
Sudah sekian lama aku tidak update blog ni kan.. memang banyak aktiviti & komitmen semester ni. Sekarang ni pun cuti semester 5 & aku akan cuba la gunakan masa ni untuk update blog ni.
Budak perhutanan ni terkenal dengan kesibukan fieldtrip jadi.. untuk entry kali ni aku akan ceritakan mengenai fieldtrip program kami semasa semester 5 ni sebab aku rasa fieldtrip kali ni merupakan fieldtrip yang terbaik pernah aku ikut.
Fieldtrip kami ni dijalankan pada 8 sehingga 10 Disember 2017. Untuk pengetahuan semua fieldtrip ni dijalankan di bawah kursus Ekonomi Perladangan yang diajar oleh Cik Fazilah Musa, salah seorang pensyarah kesayangan kami. Fieldtrip ni merupakan yang pertama kali lah untuk kursus ni jadi ada gembira sama bangga sikit lah hahaha. Untuk Fieldtrip ni, kami rancang untuk melawat Kilang Kopi Fatt Choi Tenom & Taman Pertanian Sabah. Salah satu benda yang mungkin bikin fieldtrip ni memorable adalah, kami guna train untuk pergi ke tenom.., maksudnya kami naik kereta api dari Tanjung Aru pergi ke Beaufort lepastu pergi ke Tenom. Aku ceritakan fieldtrip kami ni ikut kronologi lah & Aku akan sertakan jugalah detail2 seperti harga.. manalah tau kamu pun mau melancong pegi tempat ni kan hahahaa.
8/12/2017- Kami berkumpul di Kompleks Perhutanan seawal jam 6 Pagi & kami bertolak dalam jam 6.45 pagi sebab mau kejar kereta api & takut jalan jammed nanti. Kami bertolak dari stesyen kereta api menuju ke Beaufort lebih kurang jam 7.40 Pagi.. (Harga tiket Dewasa: RM 4.80 ke Beaufort) Perjalanan mengambil lebih kurang 2 jam lebih lah juga tapi time ni best la sebab dapat nampak suasana dalam kereta api & nampak pemandangan di sepanjang perjalanan. Tiba di Beaufort lebih kurang jam 9.40 pagi.. and time ni kami di bagi peluang la untuk jalan2 di Beaufort ni.. siapa yang mau makan sate Brunei & Sipitang.. pegi tamu.. ni lah masanyaa... Kereta api seterusnya pegi Tenom so kami kena tunggu lah sampai jam 1.30 petang. (RM 2.75).
|
Barisan model-model kami |
Perjalanan pegi Tenom ni lah agak mencabar, sebab gerabak kereta api sikit, so terpaksalah berhimpit & kereta api memang banyak berhenti sebab banyak stesyen kecil di sini di mana orang kampung akan turun la lepas membeli barang dari beaufort sebab ada beberapa part di Tenom ni, hanya kereta api ni sajalah link diorang untuk pegi luar. Pemandangan sepanjang perjalanan ni memang lawalah sebab nampak nature & sungai Padas. Kami tiba di Pekan Tenom lebih kurang jam 5 petang. Di sana kami diambil lah oleh Bas UMS yang lama sudah menunggu & then kami tamu untuk beli makanan lepastu pegi tempat penginapan kami di Padas View Recreation centre. kami tidur di bilik style hostel la bajet RM120 1 bilik & boleh muat 10 orang, katil double decker & memang selesa lah haaha. lagipun di bawah ada kitchen so boleh order makanan & miinuman sambil tengok2 tv.
9/12/2017 -
|
Padas View Recreation Center |
Bangun pagi.. Sarapan & then kami bertolak ke Kilang Kopi Fatt Choi lebih kurang jam 8.30 pagi. Kopi Fatt Choi ni antara brand yang terkenal la di Sabah ni selain Yit Foh. Tempat dia ni memang cantik jugalah sebab selain dapat tengok kilang kopi & proses pembuatan kopi semua tu, ada juga kawasan di mana mereka tanam serba sedikit la kopi ni supaya pengunjung boleh lihat mcm rupa kopi sebelum di panggang ni. di larang mengambil gambar semasa berada dalam kilang tu jadi tidak banyak la yang saya boleh share sini. Kami pegi sini pun ada juga kena bagi kopi free & minuman free & memang sedap kopi diorang terutamanya white coffee tu. kepada mereka yang mau beli produk diorang, memang boleh sebab di sana ada kedai juga jual produk-produk diorang ni & memang lebih murah la berbanding harga di supermarket.
Lebih kurang tengahari macam tu, kami berangkat ke destinasi seterusnya iaitu Taman pertanian Sabah.
Taman Pertanian Sabah, TPS ni berada di Lagud sebrang, kira-kira 10km dari Pekan Tenom. Bagi penggemar alam semula jadi seperti bunga-bungaan, pokok buah & apa-apa sajalah pasal tumbuhan, ni merupakan destinasi wajib kamu lah. Di TPS ni ada Taman Orkid, Taman Hoya, Taman Evolusi, tempat lebah & banyak lagi taman lain. Persekitaran dia memang cukup cantik dengan pelbagai pokok hiasan yang bikin sedap mata memandang.
Memandangkan kawasan ni agak luas, jadi pihak TPS ada menyediakan Tram la secara percuma tapi dia ada pada masa yang tertentu ja & ada perkhidmatan sewa basikal.
|
not so jantan 23 |
|
Tram yang di maksudkan tadi |
Untuk penginapan kami pula, kami menginap di asrama TPS, dengan harga RM15 1 orang, so memang berbaloi la sebab tempat tu cantik, banyak pokok buah lagi & banyak kemudahan yang tersedia.
|
Ruang tamu asrama TPS |
10/12/2017- Hari terakhir kami di sini, so kami teruskan dengan tujuan utama kami di TPS ni lah iaitu bagi borang soal selidik kepada pengunjung TPS mengenai kesanggupan untuk membayar mereka. Tapi sebelum tu kami ada 1 lawatan lagi, iaitu lawatan rasmi lah sebab kali ni ada staff TPS yang mengiringi kami di sekitar taman ni.
|
jantan sekali lagi |
|
syadan & pokok berpisah tiada. ni pokok Octomeles sumatrana |
|
wuishhh |
Selepas semua settle sudah, kami bergerak ke pekan Tenom lagi untuk kali terakhir mencari makan sebelum bertolak ke UMS menggunakan jalan Tambunan.
|
muka kesejukan di Tambunan
|
Apa yang saya tulis ni merupakan sebahagian lah daripada pengalaman kami sepenjang fieldtrip 3 hari 2 malam ni. Mau cerita semua nanti tidak siuk pula kan hahaha. Jadi saya rasa ni saja lah entry untuk kali ni.. kepada kawan-kawan semua terima kasih sebab berjaya menjayakan lawatan ni & terima kasih atas memori-memori terindah aisehmen... hahaha kepada junior-junior, goodluck & have fun dengan fieldtrip kamu, jadikan fieldtrip kamu ni sebagai satu vacation supaya kamu tidak stress nanti sebab banyak fieldtrip. bah oka lah itu saja.. bye... ciaoooo
Comments
Post a Comment