How's University life?

Ok ka belajar di UMS?


Ini lah antara yang selalu di tanya oleh kawan, cikgu, junior.. jadi jawapan yang paling ringkas.. sangat best! kalau dulu waktu kita sekolah menengah mesti cikgu kita selalu cakap time U ni lah waktu paling best, paling santai, paling senang... hahaha. ok pertama sekali, jangan percaya betul apa cakap cikgu.. kehidupan di universiti ni tidak seindah yang kamu pernah dengar. Untuk entry kali ni aku cerita sikit lah mengenai kehidupanku di Universiti ni.

Ni nah muka classmate 
Kawan merupakan antara komponen paling penting dalam hidup aku semasa di UMS ni. kawan-kawan mu ni lah yang tolong kau semasa susah & bersama kau semasa kau senang. Semasa aku belajar ni confirm lah kan aku pernah ada masalah & orang yang pertama bantu aku ni kawan lah. Bersyukur juga lah sekarang ni kawan aku kebanyakannya baik-baik semuanya, tapi kadang2 pandai lah juga gila-gila kan. Classmate aku ni pun semuanya sporting & supportive, masing-masing ada ragam sendiri jadi kalau belajar di kelas ni memang enjoy la, tambahan lagi ada crush satu kelas jadi bikin semangat belajar lah hahaha. Kalau mau mention nama kawan-kawan aku ni malas lah pula, nanti kalau diorang google nama diorang, muncul ni blog hahahaha. tapi tidak mengapa, aku upload saja lah muka-muka diorang ni 

Muka geng selamatkan batang kayu
Muka classmate/housemate 
Fieldtrip Ecology Sandakan

 Pasal study pula bagi aku semuanya lancar lah, tiada masalah. Tapi antara cabaran yang kamu bakal hadapi semasa di U nnti adalah pengurusan masa. ini antara benda paling penting ni sebab kalau tidak pandai mengurus masa confirm buat kerja semua kucar kacir, assignment tidak siap, hidup tidak teratur & banyak lagi lah effect kalau tidak pandai atur masa ni.


 Kalau pasal program pula memang banyak program aku ikut setakat ni tapi kebanyakannya program-program kolej kediaman ja lah. Ok begini lah, nanti siapa-siapa yang dapat kolej kediaman E tu, kamu akan terdedah kepada banyak Kelab. Kelab-kelab ni kiranya macam untuk mengisi masa lapang kita lah semasa belajar. Kg E ni memang famous la kalau kelab-kelab ni lagi2 kelab kebudayaan. Semasa sem 1 dulu aku daftar la di Kelab E-Semtra, salah satu kelab kebudayaan di sana & kelab ni banyak la mengajar aku.

 Kelab E-Semtra ni ataupun nama panjangnya, Seni Muzik Tradisi, merupakan kelab yang memainkan alat muzik tradisional Sabah seperti Gong, Canang & Kulintangan. Waktu awal-awal dulu masuk, kena ajar lah oleh senior-senior kelab macamna main semua alat muzik tu & siapa yang bertuah dapat ikut persembahan. aku ni kiranya antara yang bertuah lah sebab selalu dipersembahan jadi ikut ja la kan.. aisehmen.. dan semasa hujung sem 1 dulu, aku dilantik lah jadi pengarah Kelab E-Semtra ni, so makin bertambah la tanggungjawab dipikul ni. Sepanjang berada di Kelab ni banyak lah aku belajar pasal pengurusan, cara main alat muzik, macamna mau atur program & paling penting macam mana mau handle masa & stress hahaa. Gambar di bawah ni ada lah kasi nampak sikit ahli-ahli kelab kami dulu and time ni kami anjurkan program Kaamtan di kolej kediaman E.



 Aku rasa itu ja lah yang aku mau kongsi ni, ni pun overall kisah aku time study lah hahaa banyak lagi cerita, tapi malas mau menaip. kalau mau dengar banyak cerita bagus kamu direct chat aku. Jadi sedikit tips untuk mereka yang bakal masuk U nnti, jangan stress-stress belajar, cuba imbangkan kamu punya pembelajaran & kegiatan luar kamu, kalau kamu dapat imbangkan dua benda ni.. konfom Universiti life kamu mantap.. yang junior-junior selalu bertanya pasal cewek tu, haha memang ramai gadis-gadis di UMS ni, dari kamu ja mau bcinta ka tidak, nanti la ak cerita sikit pasal crushku ni. hahaha bah itu saja laahh... ciaooo

Comments